Friday, December 10, 2010

T.A.G HEUER hehehe

ALLOPZ U OLL'S

Hehe, semalam cik monstermatabulat di tag oleh cik anis. Haaa, arahan dia bunyi macam ni

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tags you. If I tag you, it's because I want to know you more. 

Aduh, 25 tu, mengapa kah? Banyaknye yang nak dimerapu-repek kan. Aishhhhh, sedih-terharu-hiba. Chewah, tapi tak ape la kan. Ni kira first time cik monstermatabulat di tag. Jom kite ngusha 


1. Ermm, anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan En Zakaria dan Pn Faridah. 

2. Satu-satunya puteri En. Zakaria yang belum berkahwin) * Blrffff, haruskah diberitahu di sini, haha...

3. Biasalah, kalau kat U kan faveret soalan berantai, haaa ni lak jawapan berantai. Bila dah anak bongsu,
    faham- fahamlah. Manja, cengeng, kuat merajuk, kuat nanges. Tu semua hobi yang paling digemari.

4. Ramai orang cakap cik monstermatabulat ni mempunyai karakter berubah-ubah. When the time comes
    to do work or melontarkan pendapat, cik montsermatabulat akan jadi matang, tegas, berkarisma. Then,
    bila  bercakap tentang life, personal thing or berkawan, cik monstermatabulat seorang yang sangat soft-
    spoken dan manja. (Ni bukan split personality ye, cuma cik monstermatabulat lebih selesa mengadaptasi
    sikap ikut kesesuaian. Tu pun orang yang cakap pada cik monstermatabulat)


5. Masih menuntut di UTM , kampus Skudai dalam jurusan Master in Bioscience (research). Baru setahun je 
    kat sini, tukar angin dari U dulu, UPM. Hehe.

6. Tak suke gile ngan labwork, tapi amik kos dalam penyelidikan T_T sangat sedih

7. Erm, sangat suka kan teddy bear, warna pink kot, putih, purple dan turquoise 

8. Suka sangat-sangat bercakap, potpet-potpet. So, bila cik monstermatabulat takde kat rumah, semua
    mesti akan cakap yang rumah terasa sunyi.

9. Mempunyai impian untuk berkahwin pada usia 25tahun, memiliki kereta BMW X6 (white), ouh my, sangat 
    heart dengan kereta ni please. Hope semua ni tercapai, blink blink* Hikhik.

10. Sangat-sangat mementingkan persahabatan


11. Anak kelahiran Kuala Lumpur, hehe...


12. Pernah belajar di Sarawak tapi tak berjaya belajar dialek Sarawak walaupun 4 tahun menimba ilmu di 
      sana. Apelah kan, kamek sik boleh molah brflllll@$%^& :(


13. Haaaa, ni best ni. Cik monstermatabulat sangat suka shopping !!!!!! Window shopping pun jadi lah


14. Bila da suke shopping tu, kompem la cik monstermatabulat sangat suke beli kasut tp kadang-kadang
      tak pakai pun. ( Tetiba terasa nak buat entry tentang kasut cik monstermatabulat yang banyak tu. Ada
      sape-sape nak beli tak?)


15. Sangat suka makan sedap-sedap. Suka explore tempat makan best dengan kawan-kawan, family ( 
      Selalunya cik Mimi lah yang sehati sejiwa bab-bab makan ni)


16. Suka kan pantai, nature, tapi tak suka benda-benda yang lasak (Romantik kan, kan??)


17. Mudah mesra dengan kawan-kawan baru


18. Pandai melukis !! 


19. Counting days to reach my birthday next year, 20.01.2011 - wahh, semua nombor 2, 0 dan 1 je. hehe


20. Takut dengan kucing , tapi suka ! wut the fun betul lah kan. Pernah sekali tu kakak baling kucing kat cik 
      monstermatabulat, sampai pengsan dibuatnya. Lepas tu kakak tak berani nak nyakat lagi. Kalau kedai 
      makan ade banyak kucing tu memang rase cam maut lah kan


21. Haaa, sangat suke bawak kete laju-laju. Setakat ni, speed paling laju penah bawak dalam 140km/h dan 
      lebih-lebih sikit dari tu.


22. Berjalan-jalan is part of my life. Sangat gile untuk berjalan-jalan, tak reti-reti duduk diam kecuali tito. Tak 
      percaya tanya cik anis, hakhak.. Dia selalu jadi mangsa, kena teman cik monstermatabulat jejalan.
      Sebab dah jadi terbiasa, family memang suka holiday bila ada masa terluang.


23. Dah mempunyai tujuh orang anak buah (5 lelaki 2 perempuan). Tapi selalu kena buli dengan anak buah 
      sendiri, haha. Anak sendiri pun ramai juga, anak mata, anak tekak, dan segala macam anak lah


24. Atoiii, ape lagi nie.... Haaa, yang ni entahlah. Memang tak dapat dielakkan. Sangat pemalu bila berdepan 
     dengan lelaki. Maybe, sebab dari kecil mula darjah 1 dah sekolah kat sekolah perempuan je semua, kata 
    ayah dia saje masuk kan sekolah perempuan (Bukit Bintang Girl School), biar tak bersosial sangat.   
    Akhirnya, jadi macam fobia dengan lelaki, haha. Masuk form 4, ayah kata dia ubah fikiran, tak kan nak  
    biar cik monstermatabulat fobia gitu. Masuklah sekolah sbp, SAMURA. Tapi tak berjaya berubah
    sampai sekarang. Hikhik, aiyok ayah. Aiyok.


25. Jeng, jeng, jeng... Akhirnya, the number 25 goes to * dengan bunyi drum ala-ala nak dapat award tu 
     opkos lah, cik monstermatabulat mempunyai mata yang bulat dan sangat teramat sangat menggemari
     donut  secara pukal dan kental. Hikhikhik
.
.
.
.
.
.
.
.
Nyum-nyum, donut menari-nari di depan mata, slrppppp

.
.
.
.
.
.

Dengan itu cik monstermatabulat kena tag 25 nama:

Adeh, dah tak larat nak tag ramai-ramai lah
Lagipun blog cik monstermatabulat pun masih baru
Tak ramai kawan pun 




Papai



" Donut menari-nari di depan mata "





No comments: