Tuesday, December 7, 2010

MAYBANK penipu???

Assalamualaikum, selamat pagi semua.

Cuti-cuti ni korang plan ke mana-mana tak? Cik monstermatabulat tak ke mana pun, sebab kena masuk lab. Ada kerja nak kena siapkan..

Hari ni cik monstermatabulat nak cerita satu story yang jadi kat keluarga cik monstermatabulat. Emm, lebih tepat lagi benda ni jadi kat abang ipar cik monstermatabulat semalam. Semalam, nak dijadikan cerita, cik monstermatabulat mendapat panggilan daripada kakak pukul 11 30 malam. Kakak pun dengan suara cemas memberitahu,

" Wei, nak tau tak abang kamil ilang RM800 " .. Ish, gila ke kakak cik monstermatabulat ni, RM800 tu. Jangan buat main-main kan. Hmm, jadi cik monstermatabulat pun bertanya lebih lanjut.

" Macam mana leh ilang wei, kene ragut ke? Kaklang da gitau kat ayah? "

Kakak pun balas balik....

" Tak, abang kamil kene tipu melalui MAYBANK2U."

"  Dia dapat email verification dari MAYBANK

" Kononnya email tu cakap nak update sistem. Kalau tak nanti tak leh pakai"


Hmmmm, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Nak dijadikan cerita, abang ipar ni berniaga secara online. Jadi, MAYBANK2U ni memang sangat-sangat penting lah untuk urusan perniagaan dia. Bila tengok notis tu, dia dah tak fikir panjang, terus je dia update. Account MAYBANK yang tipu ni minta kita masukkan  USERNAME, PASSWORD, dan TAC NUMBER. Nampak tak trick dia kat situ, dia minta TAC NUMBER. Selalunya TAC tu gunanya untuk verification dan keselamatan urusniaga kita sebab TAC tu dia hantar pada nombor telefon kita kan? 

Yelah, sepatutnya abang ipar pun patut curiga, semasa penggunaan MAYBANK2U ni, kita tak ada pun dedahkan laman web atau email kita. Jadi macam mana pula MAYBANK nak hantar verification account kat email kita kan. Tapi masa tu dia tak perasan. Kaklang cakap kebetulan dia sibuk pos beg DEUTER (camping  bag) yang orang pesan. Haa, kalau korang nak beli beg DEUTER yang berkualiti, boleh lah pergi usha-usha laman web abang kamil. Klik kat sini ye.

Lepas tu ape jadi?

Haa, lepas tu abang kamil pun pergi la buat report kat balai polis setiawangsa dan MAYBANK cawangan SETIAWANGSA. Pihak polis terima laporan dan kes ni akan dipertanggungjawabkan di bawah unit risikan khas. Hari rabu ni akan diadakan siasatan lanjut. Tapi, jawapan dari pihak MAYBANK sendiri agak mengecewakan. Pihak MAYBANK seperti melepaskan batuk ditangga. Mereka sekadar memberitahu yang mereka tak dapat nak trace wang tersebut dipindahkan ke mana. 

Siapa salah di sini atau siapa yang terlalu bijak?

Mungkinkah pihak MAYBANK yang mengabaikan tanggungjawabnya melindungi pelanggan, atau penipuan yang bijak telah dirancang. Hal ni bukan perkara baru, dah berbangkit lama dah. Dengan pihak MAYBANK,  sejak dari ayah kehilangan RM5000 di bank. Masa tu, duit di depositkan ke akaun. Bila urusan deposit wang menggunakan mesin deposit automatik selesai, ayah pun pergi ke ATM untuk pengesahan samada duit tu dah masuk belum. Sekali, duit tersebut tak ada. 

Semasa ayah buat repot di kaunter MAYBANK, ada lagi seorang pakcik pun mengalami masalah yang sama. Pakcik tu lagi la, nilai duit dia yang hilang tu lebih besar daripada ayah. Tapi kes ni pun, senyap je. 

Korang nak tengok email tu macam mana? Meh sini kita tengok gambar kat bawah ni


.
.
.
.
.

Ni printscreen original dari email abang ipar cik monstermatabulat
.
.
.
.




Nasib baik lah kebetulan abang ipar masa tu baru je keluarkan duit dia dan masukkan ke akaun anak dia. Cuma yang tinggal duit urusan pembelian beg terkini je, jadi jumlahnya hanya RM800. RM800 pun dah kira banyak lah tu. Leh beli handbag GUESS, baju, kasut, muahahaha...

So, sekarang, modus operandi geng penipu ni bak kata polis, dia menjadikan perniagaan secara online sebagai sasaran. Harap semua geng-geng perniagaan online ni berhati-hati dengan sebarang bentuk verification atau update daripada akaun bank online anda. Nak langkah bijak atau selamat, sebelum membuat apa-apa pengesahan, telefon dengan pihak bank sendiri dan sah kan samada email tersebut adalah rasmi kepunyaan bank atau pun tidak.

Apa yang dah jadi, dah pun berlaku. Kita yang tak terkena, jadikanlah iktibar di masa hadapan supaya tak terjadi kes penipuan macam ni. Ni baru RM800 dia dapat, cuba bayangkan kalau akaun yang ada beratus-ratus ribu yang orang da kumpul dari zaman muda hingga lah tua. tak ke penipu tu leh kata "oiii, pakcik kayo" kan? Kenduri besar lah dia.

Apa-apa pun kita cuma kena ingat, perbuatan jahat kita akan dibalas dengan kejahatan. Kita hidup beragama, ada pegangan, ada tuhan. Tak kisah lah agama apa sekalipun. Bagi yang beragama Islam, Allah melihat segala perbuatan kita di muka bumi ni. Balasan tu menanti kita, cuma cepat atau lambat, besar atau tidak balasan tu, hanya Allah je yang tahu. Jadi penipu-penipu out there, WATCH OUT .. Tak fikir ke kita makan rezeki yang haram, darah daging kita terbina dari sumber yang haram??

Ish, ish, ish...


p/s:

Nak tau tak, kata kakak email tu tak dapat nak trace. Emm, ni kira macam email generated la ni. cik monstermatabulat dah lah buta I.T. Tak pandai nak godek-godek ni semua. Ada sesiapa out there yang pandai nak trace IP address si penipu ni tak??














Papai



" Donut menari-nari di depan mata "




6 comments:

Cik Puan Mimi said...

salam
just nk give a comment
sekarang ni mmg byk org menipu cara macam ni.
first thing yang kena tau ble ke bkk any website bank.x kira la maybank ke, cimb ke.ape2 jela.
kte kena tengok URL dekat pc kte.
klau da die tulis btol. mcm maybank2u.com.my itu yg btol. biasa ade jugak jumpa die URL die mmg x same. tp interface 100% die tiru maybank.
so be careful after this oke ;)

cik monster said...

waalaikumussalam..
okey dokey, lepas ni nak pesan kat semua orang kena ambil langkah berhati-hati mcm tu
tq ye ^_^
appreciate ur advice so much :)

zahidahmy said...

mamca2 lah skang..mase tu member pun ilang gak..kat bsn tp..rupe2nye maybak pun sebegitu rupe..sabar jek lah...

cik monster said...

laaa, yeke myida?
hbes tu kes tu mcm mane, setel x?
repot polis x?

iKhRam said...

harus berhati2 dgn segala segala urusan terutama urusan yang tidak berlaku di depan mata...

tq dgn entry ini semoga menjadi ingatan kepada kita.. jgn terlalu mudah percayakan sesuatu..

salam perkenalan,
ikhram
http:// bilaorangnogoriceloteh.blogspot.com/

cik monster said...

Ermm, betul tu..
ape2 pun memang kene ada sikap berwaspada sentiasa..
dunia moden nie banyak ade jenayah cyber..
kene berwaspada lah, n hal ni leh buat aduan kat cybersecurity

salam perkenalan juge ^_^