Rindu tu subjektif, subjeknya luas jika nak dinilai. Semua orang merasai rindu, rindu pada family, sahabat handai. Perjalanan hidup yang tak berapa nak panjang ni banyak mengajar erti persahabatan, erti kekeluargaan, erti rindu yang hakiki pada Yand Maha Esa.
Nak tak nak, sedar atau tak, dah dekat setahun cik monstermatabulat menapak di bumi Johor ni.
Mengenali rakan satu lab, bergurau senda, berkongsi rasa, masalah, kegembiraan.. Semuanya bercampur menjadi satu adunan yang lengkap. Persahabatan ini dirasakan indah.
Rindunya nak lepak hang out kat bandar JB lagi bersama mereka
Rindunya nak duduk tepi pantai layan perasaan sampai pukul 2 a.m.
Rindunya nak buang masa berjalan-jalan kat Sungai Seget, tempat segelintir manusia kota mencari rezeki lewat dinihari....
Kalau orang yang mudah membuat andaian, yang hanya nak memandang sinis gadis-gadis bertudung seperti kami mesti nak kata kitorang ni perempuan tak baik.
Kadang-kadang duduk kat Danga Bay, makcik pakcik, atuk nenek yang berjalan bersama keluarga ada je yang pandang sinis
Mungkin dalam hati cakap, "Hmmm, budak2 skang, harap je pakai tudung tapi malam-malam masih melepak kat sini".
Haha, peduli ape orang cakap asal hati kita tau niat dan apa tujuan kita kan. Tak salah kan kalau sekadar melepaskan lelah batuk di tangga setelah penat menanggung stress mengadap kerja-kerja lab. Aaarghhh, kerja-kerja lab, tetiba teringat bila nak konvo ni.
Dah-dah cik monstermatabulat, fokus pada tajuk entry ye. Tujuan asal entry ni dicoret sebab cik monstermatabulat terasa seperti akan kehilangan seorang sahabat. Sahabat suka, duka, susah payah sama-sama, echeh....
"Ada bulan di wajahmu"
Hehe, nak kenal ke?
Ermm, mane satu cik bulan di wajahmu ek??? |
Pantai @ d Zone |
Belakang diorang tu la tambak Johor, mengadap Singapore |
Posing-posing maut kan, @#!$$%^^&$ |
Cik monstermatabulat akan rindu nak buat semua ni dengan dia. Apa-apa pun cik monstermatabulat nak wish awal-awal selamat berkonvo pada dia dan tahniah sebab dah berjaya menghabiskan monster master dia di "UTM kerana Tuhan untuk manusia" ni... hehe....
Looking forward for your convo day cik anis ye !! hehe
Eh, rasa nak balik lah.. Penat la duduk lab x buat kerja. Jom ikut cik monstermatabulat balik bilik...
Adios, woot woot. byeeee ^_^
2 comments:
maka dgn ini,beta selaku cik anis hanya ingin merespons kpd ayat woot woot dgn kata2 selalunya:
WEEEEEEEEE.....hehehehehehe
selamat berbahagia dunia akhirat,rakan se-lab,se-ronggeng,dan se-makan..err,boleh ke se-makan?agak xsedap jer..lantakla peduli ape kn..hiks..daaa...
dont miss me!
ukhwah itu di hati..smpi bila2..
ukhwah sentiasa di hati cik anis ^_^
Post a Comment