Tuesday, November 9, 2010

Al-Fatihah ~ Kembali bertemu Pencipta

Balik dari lab tadi pukul 5, berdessuppp bawa kereta pulang ke bilik. Niat di hati ingin merehat kan diri setelah seharian di lab "buka-facebook-layan-blog-duduk-duduk" punye penat. Lepas tu geng bilik cik monstermatabulat telak mengajak mamam di tempat feveret kitorang yang kitorang panggil harapan bagus 'GoodhopE'. 

Eh, name macam entah apa-apa kan? 

Haa, kedai makan yang cambest tu pun kitorang bagi nama sempena nama hotel yang berhadapan ngan kedai makan ni, hotel GOODHOPE. rasa-rasa hotel ni popular gak kot di kalangan student UTM. Sebab kalau konvokesyen je hotel ni comfirm 'fully book' Kedainya biasa je, bukanlah bertaraf 5 bintang pon, tapi masakan dia memang gila kentang ah sedap. Sekurang-kurangnya kena lah dengan taste kitorang. Sepanjang menjejak kan kaki me'timba' ilmu di bumi johor ni, ramai gak lah cik monstermatabulat bawa, kengkawan, sahabat handai, ahli keluarga, atuk nenek, cucu cicit ... ke kedai harapan bagus ni, semua kompem puji sedap. Menu spesel dia yang cik monstermatabulat suggest sememangnye tomyam

"tomyam campur, PEDAS"

Memang super sedap, kalau tak percaya korang cuba la sendiri.

Panjang pulak cerita jalan-jalan cari makan cik monsterbulat kan. Balik dari makan, mandi-sembahyang-rehat, baru je nak mula exploration terhadap mukabuku, tiba-tiba telefon berdering minta dijawab.

Kedengaran suara ayah di hujung talian, "Ayah kat tapah ni, berhenti rehat kejap. Ayah dengan ibu ni"..

Ayah buat ape lah pulak kat tapah malam-malam macam ni? Pening plak kepala sambil garu-garu kepala tak gatal. Terus je tanya kat ayah,

 "Ayah balik kampung sebab kenduri tokngah ke? Bukan lambat lagi ke kenduri tu?" 

Banyaknya soalan cik monstermatabulat bagi kat ayahnda.

"Ayah balik sebab cik meninggal sebelum maghrib tadi".... 

Ya Allah, mengucap panjang cik monstermatabulat. Dah lama juga aruah cik menanggung sakit, sakitnya pun misteri. Bila dirujuk ke hospital, hospital cakap tak ada apa-apa. Bila sakit cik berlarutan, batuk berpanjangan, pihak hospital cakap kemungkinan batuk kering atau tibi. 

Kami ahli keluarga macam tak percaya. Hospital hanya bagi ubat-ubat biasa je. Kami ikhtiar berubat cara kampung.  Tok Moh ni cakap ada kena buatan orang, ade monster  tumpang dalam badan dia.

p/s:  Tapi lain spesis dari cik monstermatabulat ye. 

Hmm, ni la mentaliti bangsa kita, bila orang lain lebih sikit, bahagia lebih sikit je mula lah guna ilmu hitam  bagai ni kan. Haishhhh, sedarlah manusia, pada siapa kita akan kembali dan bila tiba hari kita akan tinggal kan dunia ni. Ada ke benda ilmu-ilmu hitam ni nak tolong kita jawab kan soalan kat dalam alam yang nuuuuunnn tu? 


Tak kan?

Kesian dengar suara ayahnda yang dirindui sedikit sebak. Ya lah, sejak ayahnda cik monstermatabulat jadi yatim piatu ketika berumur 14 ke 15 tahun tu, aruah cik lah yang banyak berkorban dan menjaga ayahnda.

Apa-apa pun aruah cik dah kembali kepada pencipta-Nya yang Maha Esa. Sama-sama kita doakan supaya rohnya bebas dari segala dosa dengan kesakitan yang dah ditanggungnya semasa di dunia ini. Kita sedekahkan Al-fatihah pada aruah dan semoga Allah mempermudahkan perjalanannya di alam sana.... 

Amin~


p/s: Ayah, ibu, cik monstermatabulat rindu aih~ syahdu ditemani bunyi cicak bercangkerama


Lebiu <3 <3





No comments: