Monday, November 29, 2010

.D.E.S.A.R.U. ~ canda, ronggeng, dan tertonggeng??

Biarkan bebutiran pasir berkata-kata



Ilusi hati menggamit memori lama



" A picture speaks a thousands words"

.
.
.
.
.
.


Update will be publish later

Echeh, cakap omputih lak. Skipping sekali sekala tak salah kan

Papai


Saturday, November 27, 2010

Love.Live.Life

Kringggg .... kringggg..... kechak... 

" Hello kak ******. Adik ni, akak adik sayang sangat kak dengan sang puteri. Akak kene tolong adik, please kak. Akak je orang yang sesuai untuk tolong adik, adik sayang sangat kat dia kak "

Ehem, lain macam je ni. Dug dag dug dag, ade orang minta bantuan cik monstermatabulatlah, bertukar. Eh, nak bertukar jadi ape lak ni.

" Haaa, rileks2, cube adik tarik nafas cerita kat akak satu-satu. Okey? i'll be here for you "

Cinta, cinta, cinta. Yang di luar tu, ye lah korang lah, pernah bercintan tak? Baik yang tua, muda, lelaki, perempuan. Tambah-tambah lagi zaman sekarang, budak-budak sekolah pun dah pandai bermain dengan perasaan. 'Kemain lagi kan korang ni' .Ye lah, cinta tu kan buta. Tapi betul ke cinta tu buta ek? 

Ke kita yang membutakan mata hati kita, memekak kan segala pancaindera hanya kerana sekelumit perasaan bernama cinta? Yang bernasib baik, merasai nikmat bahagia tanpa ada duka. 

Yang merana? 

Yang dipermainkan? 



.
.
.
.

LOVE can makes us laugh 
even when we are at our worst 
and can make us sad 
even when we are at the top of the world.
.
.
.
.


Sejak akhir-akhir ni da terasa cam jadi pakar motivasi pulak. Walaupun cik monstermatabulat dan si dia tak lagi bersama, adik-adik dia tetap rapat dengan cik monstermatabulat, even lagi rapat dari dengan dia waima dia abang sulung diorang sekalipun. Siapa si dia? Hehehe, tu nanti kita buat entri lain ek? 

Ni entri kisah adik-adik dia yang selalu cari cik monstermatabulat bila diorang ade masalah tentang cintan C.I.N.T.A.

Adik kedua si dia, lelaki, umur 23 tahun, ermmm cik monstermatabulat panggil die si MilFy yek. Si MilFy ni seringkali dipermainkan dengan girls walaupun dia sebenarnya seorang yang setia. Dia kelakar, pandai ambil hati tapi bak kata kawan-kawan dia, mulut macam longkang. OOoops, maaf ye si MilFy. Ini tak tipu punya, mana bole tipu, nati Tuhan mara ouh. Hikhik. Kan, kan?

Cinta pertama dia kapel 2 tahun gak, tp lebur lepas girl tu lari ikot lelaki sabah yang dia kenal. Elok-elok family dah kenal, dah berkenan semua, akhirnya putus jua sebab girl tu nak kebebasan. 

Lepas tu dia kapel lak dengan girl ni, dia blaja kat UPM. Emm, dengan girl ni pun tak tahan lama sebab ape pun tak tau. Kehadirannya sekejap sangat kot sampai tak sempat tau kisah. 

Pastu yang ketiga, girl ni kononnya kaya lah, seksi lah, macam-macam lah. Tapi rupanya girl yang ketiga ni memang dari awal nak main-mainkan dia, kononnya nak balas dendam untuk girl UPM tu. Haishhh, walau macam mana pun seseorang tu buat pada kita, kita tak patut balas balik atas apa yang dia buat tu. 

Tak ke kita ni da jadi sama macam dia bila kita balas dan buat apa yang dia pernah buat dulu???

Akhirnya yang keempat ni lah. Dia cari cik monstermatabulat sebab nak minta nasihat, nak minta pujuk perempuan tu. Alkisahnya tersebutlah kisah zaman dahulu kala girl ni dah hilang kepercayaan pada lelaki sebab dia pernah dipermainkan sebanyak 6 kali. Kesian kan kat dia?? Dunia....dunia....

Echeh, cik monstermatabulat ni pakar cinta ke? Terer sangat ke bab-bab cinta ni sampai orang minta nasihat? Diri sendiri pun single-mingle lagi. Eh, shhhhh, malu laaa cik monstermatabulat, blashin Onion Emoticons . Em, pengalaman kapel ngan si dia 6 tahun dan segala keperitan yang cik monstermatabulat lalui boleh dah kot dikatakan berpengalaman luas. 

Chess, masuk bakul angkat sendiriMSN Onion Emoticon


So sekarang ni tengah usaha tolong si MilFy ni memenangi cinta sang puteri. Auwww, wish me luck ya !! Bila si lelaki setia, yang perempuan pula yang buat hal. Dunia sekarang ni kecurangan tu bukan sinonim pada kaum adam je, kaum hawa pun tak nak kalah jadi player. Hmmmm.....

Emm, yang baju t hitam tu si MylFy dan yang checkered tu si dia
Haaa, yang lagi seorang adik si dia ni gigirl, cinta hati cik monstermatabulat, kesayangan hati beta. Masa mula-mula kenal dia rasa dia comel je, kecil lagi dia. Darjah 6 dia masa tu, periang dan manja. Sampai lah sekarang, dah nak ambil SPM dah dia. Eh, sedang mengambil SPM, dah 3 paper dah habis. 

Emm, si comel ni tengah having crush dengan mamat UTM. Hmmm, pilih mamat satu universiti lak dengan akak dia kan. Heppp, biasa die tu. Kemain lagi kan si comel akak ni.

Apa-apa pun ngan si comel nie cik monstermatabulat minta dia fokus pada study dulu. Dia pun tak kapel lagi dengan Mr. Architech dia tu. Hehe..

Eh, da pukul 11 30. Alamak, kena get ready for tomorrow's preparation. Haaa, buat checklist jap...

Nak beli: 

  1. ciken little siap perap 
  2. roti 
  3. telur ciken
  4. mayo sedap, slrpppp
  5. jagung
  6. Ubi
  7. sosej
  8. cili sos
  9. paper plate
  10. minyak
  11. serai
  12. air minum
  13. bola pantai
  14. boomerang
  15. bikini




Hehe, esok cik monstermatabulat nak beronggeng dengan budak-budak lab. 

Kitorang nak barbeque di Desaru.  MSN Onion Icons


Nak ikot?? Jom lah...


Papai.... i leb u alll, mwaxx...







Friday, November 26, 2010

Entri pilu x bertajuk T_T

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu


Wednesday, November 17, 2010

Berkorban apa saja?

Selamat hari raya aldiladha Onion Icon weeeeeEEE ... 


Hehe, rasa-rasa mesti semua orang tengah kekenyangan memandangkan juadah hari raya pastinya membangkitkan selera, chewahhh.... betulkan? Jangan tipu, tipu dosa ouh, nanti Allah marah


Ermm, hari raya cik monstermatabulat bermula dengan penuh syahdu di pagi raya. Biasalah, sesi "ampun dan maaf dipinta, mensuci hening dosa" kan ... ehehe....  


Bermula dengan sesi wan dan cucunye, monstermatabulat jr. memohon maaf bersama neneknda. uhuhuuuuuu, wo0wo0, syahdunya Onion Icons.... Terharu tak, syahdu tak? 


Haaa, lepas tu sesi maktoknye bersama monstermatabulat super jr. plak bersalaman, mintaa maaf, cium-cium, bersayang-sayangan.... Onion Icon


dan lagiiiiii


dan lagi .......



Dan setelah bersalaman, berkasih sayang dan bersyahdu-syahduan, tiba masa untuk sesi photo whoring Onion Icons


WOOT WOOT
.
.
.
.
.




memperkenalkan monstermatabulat d' Junior .. huuuuu 

Beloved ayahnda dan bonda





Si kecil pun tahu bersyahdu di pagi raya, ahakss

.
.
.



Lepas da upload semua gambar, godek-godek lagi dalam folder....... Eh, eh..... Macam lain jer, rasa macam nak frust jerrr. Baru perasan, sibuk sangat ambil gambar semua orang, rupa-rupanya gambar cik monstermatabulat lupa nak snap..... 

Uwoo0000wuo0000000000  MSN Onion IconsOnion Emoticon
Dan akhirnya rasa cam nak ngamok guling-guling tanpa mempedulikan sesiapa Onion EmoticonsShadap uolsss, cik monstermatabulat rasa fedap dan nak menggulungkan diri saja di bilik buat malam nie............ 


Untuk mensedapkan hati sendiri maka cik monstermatabulat upload gak gambar yang ambil sendiri-sendiri secara perasantan Onion Emoticons






eheheheheheh ....
.
.
.
.
.


Okey buhbye Onion Emoticons


Ouh lupa, tak sabarnya tunggu cik anis nak sampai ke K.L esok. Program beronggeng akan bermula .. 

Daaaaa

Wednesday, November 10, 2010

Rindu kamu !!??

Rindu tu subjektif, subjeknya luas jika nak dinilai. Semua orang merasai rindu, rindu pada family, sahabat handai. Perjalanan hidup yang tak berapa nak panjang ni banyak mengajar erti persahabatan, erti kekeluargaan, erti rindu yang hakiki pada Yand Maha Esa. 

Nak tak nak, sedar atau tak, dah dekat setahun cik monstermatabulat menapak di bumi Johor ni. 

Mengenali rakan satu lab, bergurau senda, berkongsi rasa, masalah, kegembiraan.. Semuanya bercampur menjadi satu adunan yang lengkap. Persahabatan ini dirasakan indah. 

Rindunya nak lepak hang out kat bandar JB lagi bersama mereka


Rindunya nak duduk tepi pantai layan perasaan sampai pukul 2 a.m. 


Rindunya nak buang masa berjalan-jalan kat Sungai Seget, tempat segelintir manusia kota mencari rezeki lewat dinihari.... 

Kalau orang yang mudah membuat andaian, yang hanya nak memandang sinis gadis-gadis bertudung seperti kami mesti nak kata kitorang ni perempuan tak baik. 

Kadang-kadang duduk kat Danga Bay, makcik pakcik, atuk nenek yang berjalan bersama keluarga ada je yang pandang sinis

Mungkin dalam hati cakap, "Hmmm, budak2 skang, harap je pakai tudung tapi malam-malam masih melepak kat sini". 

Haha, peduli ape orang cakap asal hati kita tau niat dan apa tujuan kita kan. Tak salah kan kalau sekadar melepaskan lelah batuk di tangga  setelah penat menanggung stress mengadap kerja-kerja lab. Aaarghhh, kerja-kerja lab, tetiba teringat bila nak konvo ni.

Dah-dah cik monstermatabulat, fokus pada tajuk entry ye. Tujuan asal entry ni dicoret sebab cik monstermatabulat terasa seperti akan kehilangan seorang sahabat. Sahabat suka, duka, susah payah sama-sama, echeh....

"Ada bulan di wajahmu"

Hehe, nak kenal ke?

Ermm, mane satu cik bulan di wajahmu ek??? 

Pantai @ d Zone



Belakang diorang tu la tambak Johor, mengadap Singapore


Posing-posing maut kan, @#!$$%^^&$



Cik monstermatabulat akan rindu nak buat semua ni dengan dia. Apa-apa pun cik monstermatabulat nak wish awal-awal selamat berkonvo pada dia dan tahniah sebab dah berjaya menghabiskan monster master dia di "UTM kerana Tuhan untuk manusia" ni... hehe....


 Looking forward for your convo day cik anis ye !! hehe

Eh, rasa nak balik lah.. Penat la duduk lab x buat kerja. Jom ikut cik monstermatabulat balik bilik...

Adios, woot woot. byeeee ^_^

Tuesday, November 9, 2010

Al-Fatihah ~ Kembali bertemu Pencipta

Balik dari lab tadi pukul 5, berdessuppp bawa kereta pulang ke bilik. Niat di hati ingin merehat kan diri setelah seharian di lab "buka-facebook-layan-blog-duduk-duduk" punye penat. Lepas tu geng bilik cik monstermatabulat telak mengajak mamam di tempat feveret kitorang yang kitorang panggil harapan bagus 'GoodhopE'. 

Eh, name macam entah apa-apa kan? 

Haa, kedai makan yang cambest tu pun kitorang bagi nama sempena nama hotel yang berhadapan ngan kedai makan ni, hotel GOODHOPE. rasa-rasa hotel ni popular gak kot di kalangan student UTM. Sebab kalau konvokesyen je hotel ni comfirm 'fully book' Kedainya biasa je, bukanlah bertaraf 5 bintang pon, tapi masakan dia memang gila kentang ah sedap. Sekurang-kurangnya kena lah dengan taste kitorang. Sepanjang menjejak kan kaki me'timba' ilmu di bumi johor ni, ramai gak lah cik monstermatabulat bawa, kengkawan, sahabat handai, ahli keluarga, atuk nenek, cucu cicit ... ke kedai harapan bagus ni, semua kompem puji sedap. Menu spesel dia yang cik monstermatabulat suggest sememangnye tomyam

"tomyam campur, PEDAS"

Memang super sedap, kalau tak percaya korang cuba la sendiri.

Panjang pulak cerita jalan-jalan cari makan cik monsterbulat kan. Balik dari makan, mandi-sembahyang-rehat, baru je nak mula exploration terhadap mukabuku, tiba-tiba telefon berdering minta dijawab.

Kedengaran suara ayah di hujung talian, "Ayah kat tapah ni, berhenti rehat kejap. Ayah dengan ibu ni"..

Ayah buat ape lah pulak kat tapah malam-malam macam ni? Pening plak kepala sambil garu-garu kepala tak gatal. Terus je tanya kat ayah,

 "Ayah balik kampung sebab kenduri tokngah ke? Bukan lambat lagi ke kenduri tu?" 

Banyaknya soalan cik monstermatabulat bagi kat ayahnda.

"Ayah balik sebab cik meninggal sebelum maghrib tadi".... 

Ya Allah, mengucap panjang cik monstermatabulat. Dah lama juga aruah cik menanggung sakit, sakitnya pun misteri. Bila dirujuk ke hospital, hospital cakap tak ada apa-apa. Bila sakit cik berlarutan, batuk berpanjangan, pihak hospital cakap kemungkinan batuk kering atau tibi. 

Kami ahli keluarga macam tak percaya. Hospital hanya bagi ubat-ubat biasa je. Kami ikhtiar berubat cara kampung.  Tok Moh ni cakap ada kena buatan orang, ade monster  tumpang dalam badan dia.

p/s:  Tapi lain spesis dari cik monstermatabulat ye. 

Hmm, ni la mentaliti bangsa kita, bila orang lain lebih sikit, bahagia lebih sikit je mula lah guna ilmu hitam  bagai ni kan. Haishhhh, sedarlah manusia, pada siapa kita akan kembali dan bila tiba hari kita akan tinggal kan dunia ni. Ada ke benda ilmu-ilmu hitam ni nak tolong kita jawab kan soalan kat dalam alam yang nuuuuunnn tu? 


Tak kan?

Kesian dengar suara ayahnda yang dirindui sedikit sebak. Ya lah, sejak ayahnda cik monstermatabulat jadi yatim piatu ketika berumur 14 ke 15 tahun tu, aruah cik lah yang banyak berkorban dan menjaga ayahnda.

Apa-apa pun aruah cik dah kembali kepada pencipta-Nya yang Maha Esa. Sama-sama kita doakan supaya rohnya bebas dari segala dosa dengan kesakitan yang dah ditanggungnya semasa di dunia ini. Kita sedekahkan Al-fatihah pada aruah dan semoga Allah mempermudahkan perjalanannya di alam sana.... 

Amin~


p/s: Ayah, ibu, cik monstermatabulat rindu aih~ syahdu ditemani bunyi cicak bercangkerama


Lebiu <3 <3





Kelahiran monster mata bulat :) weEE

Heheheeee...... hari ni hari yang istimewa buat monstermatabulat sebab hari ni adalah hari kelahiran beliau ke dunia blogger. Maceh to cik anis yang membantu dalam proses kelahiran monstermatabulat setelah bertungkus lumus selama sejam dalam operation theater membedah dan menarik beliau. Muahahaha ... Maka secara rasminya monstermatabulat sudah pun berumur satu hari, kita nyanyi lagu raya.. eh lagu besdey sama-sama yeeee. Cepat, ini adalah paksaan untuk nyanyi, tiada kompromi. hehe...