Friday, December 17, 2010

Malaysians- Ada kesedaran sivik atau perikemanusiaan tak??

Hye peeps...

Alhamdulillah, cik monstermatabulat safely reach home yesterday. Fiuhhhh, dah lama tak naik bas rasa macam nak tercabut tulang pinggang untuk perjalanan empat jam, teheee. Macam mana lah member-member cik monstermatabulat boleh naik bas dari Skudai sampai Penang, sampai Perlis. Memang salute habis lah....

Emm, semalam lepas sampai Bukit Jalil, ngusha lah MRR2. Ya Allah, punya lah jam. Kebetulan hari hujan pulak. Kesian nak minta ibu ayah datang jemput, mereka pula puasa. Nanti tak sempat pula mereka berbuka.

So, cik monstermatabulat pun decide lah nak balik naik lrt je...

Ish, rasa cuak pula nak naik lrt. Mana tak nye, rasanya last naik lrt 2 tahun lepas kot. 5 minit gak lah cik monstermatabulat temenung kat depan lrt station tu, teheee...

Buy ticket, then terus naik lrt.

Naik-naik lrt jer, hmmm....

Nak tengok something yang mengjengkelkan tak?

Ibu mengandung berdiri, tapi beg pula yang duduk di kerusi, sigh
Picture credit to transit.my




Manalah agaknya kesedaran sivik rakyat Malaysia ni ye. Memanglah, mungkin segelintir je yang buat macam ni  tapi rasanya dah selalu sangat dah perkara ni jadi. Boleh dikatakan setiap kali naik kenderaan awam, ada je perkara ni terjadi....

Tampal lah sticker apa pun yang kata kerusi tu is prioritized to elderly, pregnant mom and OKU. But people just ignore the signboard, sigh.

Atleast, tak boleh ke berperikemanusiaan sikit??

Cuba bayangkan isteri kita, ibu kita, adik beradik kita, saudara mara kita yang berada dalam situasi yang sama? Adakah kita masih buat tak tahu dan terus duduk tanpa memikirkan insan yang benar-benar memerlukan tempat duduk tu?


Iye kita penat, kita tak larat. Tapi ibu mengandung itu membawa dua bebanan. Cuba bayangkan kalau ibu mengandung tersebut terjatuh apabila lrt berhenti? Apa yang bakal terjadi?

Tolonglah people out there, used your brain. Fikir-fikirlah. Jangan ikut rasa hati dan pentingkan diri sendiri. Lebih menjengkelkan ada dua wanita ni, baru lepas shopping, banyak betul paper bag dia bawa. Penat ye kak, sampai korang berdua duduk kat lrt tu, sembang-sembang sambil ketawa and biarkan ibu mengandung ni berdiri. Hello ....

Korang pun perempuan juga, someday korangpun akan mengandung juga. Cuba bayangkan kalau korang yang diperlakukan sedemikian..


Hmm, ni situasi dalam kenderaan awam. Di jalanraya pun kadang-kadang boleh jumpa manusia yang tak reti nak fikir tentang orang lain. Situasi ni happen when there is an ambulance. Kalau dah ambulance, of course lah its an emergency, need space for it to reach hospital as soon as possible.


Tapi ada je kereta-kereta atau kenderaan yang langsung tak memberi kerjasama, atau senang kata tak memberi laluan pada ambulance. Until ambulance tu kena bunyikan hon baru lah nak bergerak sikit ke tepi.


Pelik bukan dengan sikap rakyat Malaysia??


Kena tunggu mereka yang terkena, barulah nak merungut, nak buka mata besar-besar pada small problems such this..

So, Malaysians' out there, please respect others and do have courtesy to other peoples, okey?


Papai

" Donut menari-nari di depan mata "

Thursday, December 16, 2010

Donut oh Donut


Haaa, entry kali ni cik monstermatabulat nak share pasal benda faveret gile kentang cik monstermatabulat. Cube teka, cube teka?? Hehe, ape lagi kalau tak donut kan. 


Before, Malaysia pernah diserang dengan mood menggemari donut. Orang ramai sanggup beratur semata-mata untuk membeli dan mendapatkan donut. 


Ye lah, bukannya kita tak pernah menjumpai donut ni, makcik-makcik jual kuih tu, selalu je wajib ade jual donut gula kan. 


Tapi ade ke orang beratur ramai-ramai kat kedai makcik Kiah semata-mata nak beli donut gula dia?


Tapi, when the trend came in, ingat lagi, mase tu yang mula-mula hit ialah J.Co kan, tetibe orang macam gila-gila punya makan donut. Kat Kuala Lumpur merata-rata orang mengusung kotak donut yang besar tu, siap 12biji *hamek kau melantak tak ingat dunia.

Lepas tu wujudnya kedai-kedai donut yang sewaktu dengannya seperti Big Apple dan Krispi Kreme. 

Ermm, dari segi presentation, i give kredit to all. Masing-masing ada kreativiti dalam menghasilkan resipi-resipi yang sedap dan rupa yang menawan dan berseri-seri sehingga nak-makan-sampai-menjilat-jari. Name pun comel-comel belaka, oreology lah, ape lah. Geram sungguh. 


Tapi bagi orang yang tak berapa suka manis rasanya akan memilih donut keluaran J.Co atau Big Apple compare to Krispi Kreme sebab produk Krispi Kreme ni memang superb sweet.

I bet u, after makan donut diorang, try check kandungan gula dalam darah, kompem korang rasa nak pengsan and terus minum air teh misai kucing. Teheee

Tapi apa yang menariknya produk Krispi Kreme baru-baru ni adalah reka bentuk edisi khas nya sempena hari natal. Siap benda ni di'highlight' kat dalam paper mymetro. Siapa-siapa nak baca boleh klik link tu okey.

Jom cekidaut nak??

.
.
.
.
.
.
.



Haaa, comel tak???

.
.
.
.
.

Tengok, dah lah bulat-bulat badan die
Perut pun muncet jeee,
alolololo
.
.
.
.
.

Boleh dijadikan gift, leh dihidang bersama iceblended-ouh-segarnya-tekak
Picture credit to Krispy Kreme

.
.
.
.


So, siapa nak pergi hangout dengan cik monstermatabulat kat cafe donut, nyum-nyum. Teheee...





Papai



 " Donut menari-nari di depan mata "